Konsep IR4.0 atau Revolusi Industri 4.0 adalah anjakan paradigma di arena perindustrian di generasi ini. Ia adalah langkah revolusi dalam bidang penyediaan makanan yang melibatkan Hardware (mesin industri) serta Software (perisian komputer) di mana, dalam “IOT” ( Internet of Things) , seluruh kilang atau ekosistem di kawal secara digital dengan data menyeluruh. Oleh itu, seluruh proses dari Ladang ke Meja Pengguna boleh dikawal dan dijamin kehalalan dan Toyibban secara menyeluruh dan mewakili seluruh konsep Keselamatan Makanan.
Awal 2014, syarikat kami mengkaji dan mengaplikasi Teknologi IR4.0 dan IOT dalam proses pembuatan makanan. Kami juga memerhati dan mendapati bahawa teknologi ini terhad kepada proses makanan mega dan hanya sesuai untuk syarikat- syarikat besar di Malaysia. Teknologi ini dilancarkan secara menyeluruh pada MAHA 2019 oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohammad dan di saksikan oleh , YAB Datin Seri Wan Azizah, YB Datuk Seri Amin Ali Menteri Perancangan Ekonomi, YB Datuk Salehuddin, Menteri Pertanian Malaysia, YB Timbalan Menteri Pertanian , Encik Sim Tze Sin, YB Datuk Seri Ismail Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Pada 24 – 27 September 2019, di Food Hotel Malaysia (FHM 2019), program ini dilancarkan secara menyeluruh kepada rakyat oleh Y.B Tuah Haji Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Puan Haniza Mohamed Talha, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Tetap dan Kehidupan Bandar Selangor Darul Ehsan, YB Dato’ Dr Mansor Othman, Pengerusi Tetap Hijrah Selangor, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan serta YBhg Datuk Mohamad Salehuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Malaysia.
Kami adalah syarikat pertama mengunakan teknologi dan mesin antarabangsa (hardware) untuk memasak makanan tempatan (Kami adalah pusat latihan serantau untuk beberapa teknologi antarabangsa dari segi ini). Sistem (software) kami terus menuju kehadapan dari segi Halalan dan Toyibban. (MOU ditandatangani antara Halal Akademi dan Codemax Sdn Bhd yang diperhatikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM pada 23 November 2019) .