Konsep IR4.0 atau Revolusi Industri 4.0 adalah anjakan paradigma di arena perindustrian di generasi ini. Ia adalah langkah revolusi dalam bidang penyediaan makanan yang melibatkan Hardware (mesin industri) serta Software (perisian komputer) di mana, dalam “IOT” ( Internet of Things) , seluruh kilang atau ekosistem di kawal secara digital dengan data menyeluruh.
Pada 24 – 27 September 2019, di Food Hotel Malaysia (FHM 2019), program ini dilancarkan secara menyeluruh kepada rakyat oleh Y.B Tuah Haji Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Puan Haniza Mohamed Talha, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Tetap dan Kehidupan Bandar Selangor Darul Ehsan, YB Dato’ Dr Mansor Othman, Pengerusi Tetap Hijrah Selangor, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan serta YBhg Datuk Mohamad Salehuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Malaysia. Kami adalah syarikat pertama mengunakan teknologi dan mesin antarabangsa (hardware) kepada cara memasak makanan tempatan (Kami adalah pusat latihan serantau untuk beberapa teknologi antarabangsa dari segi ini). Sistem (software) kami terus menuju kehadapan dari segi Halalan dan Toyibban. ( MOU ditandatangani antara Halal Akademi dan Codemax Sdn Bhd yang diperhatikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM pada 23 November 2019)
Program ini mengunakan teknologi di atas satu platform teknologi mudah alih “hand held” dan “paywave” yang sama seperti pengusaha prosesan kilang yang besar. Oleh yang demikian, usahawan kecil dan sederhana akan dapat mengawal proses mereka secara menyeluruh dan memastikan kehalalan Toyyiban di hujung jari.
Program yang berkonsepkan teknologi IR4.0 dan IOT bersama Nasi Lemak yang di masak mengunakan teknologi di atas dikenali sebagai “Teknologi In4tec” diperkenalkan kepada golongan Usahawan B40.
Selain dari pendapatan menjual nasi lemak, Pengusaha akan diberi peluang meningkatkan pendapatan mereka melalui “Teknologi In4tec” melaui pelbagai e-servis , seperti Top up Touch and Go, Digi, pembayaran bil telefon, utiliti, elektrik dan lain lain. Teknologi In4Tec juga memberi peluang kepada pengusaha sedia ada untuk terus berniaga SKU mereka tersendiri seperti tudung , alatan, kraf dan lain lain . Maka, pengusaha dapat menyediakan sistem akaun mereka secara digital untuk pemerhatian perniagaan mereka.
Dari bulan Disember hingga Penggal pertama 2020, pelbagai usaha akan dilancarkan untuk memberi lebih peluang kepada pengusaha-pegusaha In4Tec. Surat Niat serta Memorandum of Understanding yang akan ditandatangan pada 23/11/2019 bersama Grab Malaysia dan Halal Industry Development Corporation dan In4Tec sebagai rakan stragetik yang akan memberi peluang penghantaran kepada pengusah serta pengendalian latihan untuk pengusaha.
Pada bulan Disember 2019, In4tec akan dan SME Corp akan bekerjasama untuk meningkatkan peluang kepada usahawan usahawan. Bernas selaku pembekal beras tempatan untuk usahawan B40, manakala CIMB Islamic bank serta GHL juga akan menjadi rakan strategik untuk program ini.
Pada bulan Januari , surat niat serta Memorandum of Understanding akan ditandatangani bersama FAMA melalui usaha “Farm to Table“ untuk mengalakan tanaman tempatan.